Monday, August 18

Cerita Tentang Kawan yg masih melekat dihati aku......

aku dah minta permission dari kak Maya nak cilok sikit je idea dia....rasa best je entry dia tentang kawan...

Cerita Tentang Kawan yg Masih Melekat di Hati aku...

Cerita Kawan I
Kawan yang paling lama aku kenal.From standart 1 lagi...mungkin tadika juga....aku tak ingat masa tadika...tp kami rapat sejak darjah 5....3 orang kami...tp dgn dia ja yg aku masih close sampai sekarang....tempat aku minta pandangan...tmpt aku bercerita apa sahaja...mungkin yg sorang lagi jauh di selatan dan sibuk menguruskan anak-anak dan kerjaya sebagai Akauntan...walaupun kami jarang berjumpa sekarang tp kami tetap telefon dan sms tanya khabar...mak dan ayah dia pun sangat baik dgn aku...aku sangat hormati mak dan ayah dia seperti mana dia hormati mak dan ayah aku...kawan aku ni sangat bijak...dia seorang guru add math,kimia,fizik dan biologi....aku sangat kagum dengan kebijakannya...walaupun dulu UPSR kami sama saja 3A 1B dan aku sorang saja yg terpilih masuk ke sek.Berasrama Penuh,tp nampak rezeki dia lebih baik dari aku....takpa lah bahagian masing-masing....aku tak kisah itu semua...bukan itu semua jadi ukuran....asalkan keikhlasan dalam berkawan...

Cerita Kawan ke2

Kawan yang ini pula...apa ye aku nak cerita dgn dia.... aku pernah iktiraf dia sbg sahabat baik aku...kami saling mencemburui antara satu sama lain((cemburu jika salah seorang rapat dgn kawan perempuan yg lain...lawakkan...huahuahua...))...tapi kami ttp berkawan....ke dewan makan bersama,turun main petang bersama...kemuncak kami semakin renggang bilamana aku seorang antara kami yg terpilih menjadi School Prefect dan kami terpisah dorm...((sbbnya prefect ada dorm khas...))...tapi hati kami tetap bersatu juga atas nama K.A.W.A.N....aku pun pernah ziarah ke rumahnya bila habis SPM dengan keluarga aku...sekarang sudah 10 tahun kami tak berjumpa...aku nya wedding dia tak dapat hadir....tp aku ttp terima kad ucapan tahniah darinya....
sekarang kawan yg paling aku rindui adalah dia....sekarang aku dah sedar akan erti sahabat baik....terlalu besar ertinya...dan sejujur-jujurnya kawan aku yg ke3 dibawah ni lah yg layak digelar sahabat baik aku....walaupun sekarang kami terpisah dengan jarak dan waktu serta komitmen yg menuntut kita untuk hidup dimuka bumi ini dengan aman dan damai....

Kawan ke 3

Kawan aku ni adalah kawan yg paling best sekali aku pernah jumpa....some part we're totally different....at the other site....we're sharing interest yg sama....inilah satu-satunya kawan yg aku rasa aku tak pernah terasa hati dan kami tak pernah bergaduh....Dialah perunding Imej aku,dialah tempat aku minta pandangan...nak-nak tntg boyfriend...idea dia tersangat lawak dan gempak...dia tahu semua suka duka aku...sangat best orangnya...kami bergossip sama-sama...kemudian gelak kuat-kuat....oh!miss that time....tapi sekarang masing-masing dah tua,dah berubah sikit dah perangai....tp itu tak menjadi halangan buat kami untuk gelak kuat-kuat lagi....she's very outgoing macam aku juga...sangat independent...adventerous ... Walaupun orang nya tergolong dalam kelompok orang berada tp dia dan keluarganya tidak pernah sombong dengan aku....dulu,bila time cuti selalu dia bawa balik aku ke kampung dia kalau aku tak balik kampung....rindu sangat kat mak dia yg mulut cam dia tu....huahuahua.....I Miss u Melia!!!!!
Kawan ke 4

Ini tak bleh cerita panjang-panjang...bahaya...hehehe...Inila kawan-kawan aku kat rumah bujang dulu....5 seronggeng....kawan-kawan nakal,kawan rajin,malas semua ada kat kami....yg pasti kami juga tak pernah bergaduh atau bermasam muka....buatlah apa nak buat selagi tak kacau hidup masing-masing....we're very understanding antara satu sama lain....Diaorang jugalah yg banyak membantu aku semasa aku bertunang dan kahwin...zillion thanks!!!

Cerita Kawan 5

Kawan Ke5, ada 2 orang....now lah...kamilah Geng Meja Makan,Geng bergossip...Geng Gila-Gila aku,Geng bershopping....fesyen & kecantikan adalah antara topik bualan yg hangat antara kami....kawan baik ke kami???boleh la juga....org kata kami kawan baik...tapi kami berkawan... juga tanpa meletakkan apa-apa syarat... kami berkawan seperti biasa...antara kami tak perlu hubungi 10 kali sehari untuk menunjukkan yang kami berkawan, tapi kami faham.. kita adalah "kawan",Trademark kami adalah... "Kita jugakla yg elok...."huahuahua....
sama juga, tempat aku meminta pandangan dan nasihat, tempat aku bercerita suka dan duka. dan juga kami bertiga sebagai pengkritik antara satu sama lain jika ada yang tak kena...sangat jujur....dan boleh diterima walau secara kasar sekalipun...ini kerana ia bertunjang atas dasar K.E.S.E.F.A.H.A.M.A.N.....
Aku rasa, dengan berkawan tanpa meletakkan apa-apa syarat, kita gembira dalam berkawan kan....
Tiada perkataan "Sahabat" di antara kita, sebab aku rasa "Sahabat" itu membawa makna yang cukup besar. Cukuplah dengan "Hanya Kawan"...

2 comments:

syeka sweetheart said...

aku no 4 kan kan kan

CT@mamaLuqmanTiara said...

PANDAIPON HANG!!!! sapa lagi kalau bukan kita yg tuttt.... tu....hauhuahuahua....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...