
Tuesday, September 30
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Sunday, September 28
Pre-Perming....;)
This is juz a trial before the real one...hahaha....takut nak buat sebenarnya...takut berubah wajah...ingat nak buat rambut raya...tak tahulah....dok fikir lagi ni...berdebar rasanya....cam apa tah...!!
::xpernah seumur hidup, aku perm kan rambut aku nih.....
Thursday, September 25
Nasi Daging Lagi...hehe...
Aku masak kali ni aku dah siap pesan kat hubby...kali ni aku nak bawa kat kawan² aku kat kilang lak dan nak bagi asma...sbb dia dah nak balik Ganu dah...So aku bekalkan untuk hubby sorang je lah semalam....hubby keja petang....so leh dia makan masa berbuka...
kakak Ipar aku pun aku tak hantar kali ni...ahaks~~xpalah dekat jer...kentut pun dengar...
Sekali duit raya untuk 2 org menantu aku...anak asma...Imaan dan Lana...;-)
Ini bekalan utk 4 orang kami makan berbuka
::esok aku akan start bercuti sampai raya ke-6....SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN for all my blog readers & viewers....aku dah auto-publish kad raya dari aku...have a look ya!!
Wednesday, September 24
Shopping Raya...
VOTE FOR LUQMAN!!
Ini lebih kepada misi shopping baju raya untuk anak aku Luqman...since 20-21st sep baru ni GUESSKids ada buat SALE untuk new arrival...so kami berdua tak lepaskan peluang ini untuk shopping baju raya untuk our Luqman dan beli sepasang sandal ADIDAS untuknya...dia teramat suka dgn sandal tu sampai aku nak p bayar pun dia ingat aku nak wat apa,meraung tak bagi aku ambik...sudahnya simpan kasut NIKE yg dia pakai tu dalam kotak dan bagi dia pakai sandal tu...nampaknya dah tak jadi kasut raya larrr...
27hb ni plan nak shopping baju raya untuk Luqman kat SUNSHINE plak...bolehla tambah lagi 2-3 lai lagi kot...ada Member Card Day... & untuk ayah aku nak belikan his collection JOHN MASTER slack and kemeja dan nak beli seluar jeans selai utk adik laki aku kat kg....main order kot sms ja depa skang ni...kakak ngan abg kan ramai... :-)

sibbaik hubby ku ini sporting orangnya...tahu minat wife dia...since aku dok pilih baju untuk anak aku,dia la take over camera tu..;-)
::aku suka paper bag dari GUESS kali ni...besar...selalu dapat kecik je.. even aku beli banyak lai pun...
Tuesday, September 23
Perubahan hubby ku...
serious even kalau aku letak sedikit sahaja belacan dalam sambal tumis dia boleh bersin seharian+gatal hidung..ahaks~~
Tapi ada 1 perkara yg hubby aku ikut cara pemakanan aku semenjak kami disatukan...
kalau dulu dia langsung tak sentuh ikan,tapi sekarang dah boleh makan pelbagai jenis ikan dah...
Ingat lagi masa pas kahwin dia cakap kat aku, "nanti yang mesti terikut cara pemakanan dia...xmakan ikan dan sayur..." nampaknya dia pulak yg terikut cara aku makan...tapi sayur tetap dia TAK BOLEH makan lagi sbb memang dia tak boleh nak telan sayur...dia cuba jugak kunyah tp semua sayur terasing ke tepi pipi manakala makanan yg lain ditelan...camna tu???huahuahuahua....
Berbuka puasa hari ke-22
aku suka sngt dgn asam laksa Old Town ni...kalau dulu aku suka Laksa Shack,sekarang aku dah berpindah kerumah baru dah...lagi murah & berbaloi...
White Coffee cold,Asam laksa & Double kaya&butter toast jangan tak tahu,anak aku minum kopi tau...aku xjamu la selalu...time bila aku minum ja,dia pun nyibuklah...
From Kitchen Mak CT 7
Bahan A(di blend hancur):
1) 4 tangkai cili besar merah
2) 4 tangkai cili besar hijau
3) 4 tangkai cili padi
4) Seulas bawang besar
5) 4 ulas bawang putih
6) Semangkuk air asam jawa cair
Cara-cara:
1) 3 ekor Ketam yg siap dibersih digoreng kedalam sesenduk minyak panas yg telah dpanaskan...(betulke ayat aku ni...bantai je lah...hehe)
2) selepas digoreng seketika,masukkan kesemua bahan A kedalam minyak dan ketam tadi.
3) sebatang serai diracik dan dimasukkan.
4) masukkan garam dan gula secukup rasa.
5) Goreng hingga agak kering....
Okeh!!siap....boleh dihidangkan....
Friday, September 19
Tragedi hari ini 19/9/2008 at 7.30am& From Kitchen MAK CT 6...
Begini ceritanya...
Pagi tadi balik dari keja terus aku gi ambik hubby kat kilang dia((this week same shift so bolehla datang sekali...))...As per his request,dia nak makan nasi daging untuk berbuka hari ni dan nak bawa jamu geng dia kat kilang sama...aku ni memang gigih la semangat gi ambik dia then terus nak pergi Market Bayan Baru la....
Dipendekkan cerita lagi,After raya baru nak p hantar keta kami kat centre...yg penting sekarang surat report dah ada di tangan....
macam tak da pape yg berlaku kan?
TETAPI...jgn tak tahu,kegigihan aku untuk memasak nasi daging untuk hubby dan kengkawannya tetap diteruskan oleh ku jua...lepas settle semua terus kami ke Market beli apa yg patut...dan inilah hasilnya....
Paling membuat aku kembang kuncup lagi,bila waktu berbuka tadi,sesuap je nasi masuk ke mulutnya terus dia kata....FUH!!CLASSS!!! *toink*toink*toink*
Air Asam ala MAK CT
1)bahan A ditumbuk(5tangkai cili padi,sedikit belacan&garam)
2)5 biji tomato dihiris
3)2 labu bawang besar dihiris
4)3 tangkai cili besar merah dan hijau
5)semangkuk air asam jawa
6)sos(agak-agak sehingga kuah asam menjadi agak pekat..)
7)gula&garam secukup rasa(lebihkan gula sedikit biar ada rasa masam dan manis)
Campurkan semua sekali dan gaul rata....
::tapi aku a bit terkilan larr sbb tak dapat nak p hantar kat member FP aku asma...sebagai membalas balik juadah berbuka puasa...xpala hopefully before raya aku dapat membalas juadah berbuka untuk dia pula...
Alkisahnya....
Courtesy of Hotel Sri Malysia,Bayan Baru...rancak berbual tu...candid by my hubby...
Ini pulak Alkisahnya...
aku join Geng Line Nokia hubby aku buka puasa kat Restoran Sri Idaman Teluk Tempoyak,Batu Maung,Penang...Vendor diaorang yg belanja...((ye la kan....vendor nak sambung projek lagi...kena la belanja selalu...))xda siapa pun bawak anak Isteri,hubby aku je yg bawak...ahaks~~bestkan...
ye la kan...xkan hubby nak tinggal aku bukak posa sorang-sorang kat umah...sblm tu pun aku dah heret dia sekali ke Sri Malaysia...replaced member aku yg tak mahu pergi...
Inilah my bucuk,pengarang jantung hati aku....Muhammad Luqman Zafree...
Restoran Idaman Teluk Tempoyak...mmg nampak Exclusive...tp for me,quite mahal,malam tu satu table RM300 utk 10 orang makan...aku boleh dapat 1 kedai beside Hammer Bay kat Gold Coast QueensBay,1 table RM80 utk 4 orang makan,makanla sampai muntah...xhabis...
kedai tu mmg glam utk kami kat tempat kerja aku ni...InsyaAllah 21hb ni kalau aku dapat join geng shift aku bukak puasa kat sana leh aku buat entry...
Thursday, September 18
The First...
tengah berjinak-jinak ngan TUPPERWARE lak;)....will comes more later...
::perasan tak? pic aku kadang² ada tarikh,kadang² xda tarikh...ianya bergantung pada tahap kerajinan aku nak bukak software SONY then edit....bukan lama pon....tp kadang² kes terlupa,dah turn off pc baru ingat then kadang² miss communicate ngan hubby,bila dia yg transfer pic ingat dia dah edit dah,rupanya belum....hisshhh...apa-apa je lah kan....
yg penting kita ENJOY!!!
Saturday, September 13
Hari ni buka puasa kat Hotel Sri Malaysia...
Friday, September 12
From kitchen Mak CT 5 & Berbuka puasa kat Ipoh Lak....
Nasi daging Feast ni aku minta dari sorang member Fotopages aku Ita
ni kira Nasi Daging Feast ala aku larr.....hubby suka,semua pun suka....hubby aku sampai ke sahur total dia makan 5 pinggan....hahahaha.... **jaga perut tu bang.....dah nampak dah tu.....InsyaAllah my PIL nak buat kenduri sket nnt sempena my FIL yg habis perkhidmatan bersama kerajaan pada 31 Ogos bebaru ni....so derang siap tempah aku dah utk cater nasi daging ni....caiyyokk CT....
Nasi Daging Feast ala Mak CT
BAHAN & CARA UNTUK MEMBUAT SUP
MINYAK
BAHAN A DITUMBUK - 5 BIJI BAWANG MERAH, 5 BIJI BAWANG PUTIH, 5 CM HALIA
1 BUNGKUS SUP BUNYUT
DAGING 1 KG (TULANG RUSUK & ISI – BATANG PINANG)
GARAM
AIR
1. PANAS MINYAK. MASUK BAHAN A. TUMIS SAMPAI WANGI.
2. BILA SUDAH NAIK BAU, MASUK SUP BUNYUT PUNYA PACK.
3. MASUK AIR. MASUK GARAM.
4. MASUK DAGING. MASAK SAMPAI DAGING EMPOK.
BAHAN & CARA UNTUK NASI
MINYAK SAPI
BERAS BASMATHI 1 KG
1 TIN TOMATO SUP – HEINZ
ISI DAGING & SUP
1. BASUH BERAS & SUKAT. MASUK BERAS DALAM PERIUK NASI ELEKTRIK. SENANG NAK MONITOR.DAH TAK RETI NAK MASAK GUNA DAPUR BIASA.
2. MASUK DAGING & SUP SAMA BANYAK DENGAN SUKATAN BERAS TADI.LEBIHKAN 1 SUKATAN AIR SUP TADI.SUPAYA NASI LEBIH LEMBUT.
3. MASUK TOMATO SUP SATU TIN.
4.MASUKKAN 1 1/2 SENDUK MINYAK SAPI
5. MASAK NASI MACAM BIASA…
Makan bersama Air asam dan Kari tulang....besttt....terangkat....Air Asam dan Kari tulang MIL aku yg buat....gambar pon xda...lupa nak snap....
Aku dgn my SILs tngh khusyuk dok gerudi kue Makmor...
Makmor yg dah siap
Almond London yg dah siap
So kue raya aku dah siap 2 jenis...jemputla datang rumah raya ni ye.....
::resepi utk kue makmaor & almond London ada kat rumah....ye la kan,setahun 2kali baru nak buka kitab,mana nak ingat.....huahuahua....
Friday, September 5
Kenapa aku malas??
mungkin sbb aku ada FOTOPAGES...sbb tu aku tak suka cerita benda yg sama dalam 2 tempat ni....so pada kawan-kawan semua,anda juga boleh mengikuti aktiviti kami sekeluarga di http://luqmanzafree.fotopages.com/....