Showing posts with label No Labels. Show all posts
Showing posts with label No Labels. Show all posts

Saturday, July 30

Selamat Berpuasa kepada semua.....

Assalamualaikum...


Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa .



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.



Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita

bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah

Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.



Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah



Selamat menyambut bulan Ramadan 1432/2011.

Friday, April 1

Acceptable or not??? hehehe...

Kenapa perempuan kena kahwin dengan seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan??


Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.



1-Kehidupan yang lebih terjamin

seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.



Manakala

-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman

-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama

-Lulusan seni masih mencari pekerjaan

-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital



2-Kegigihan yang tinggi

Seorang teman lelaki yang bergelar seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

Berbeza dengan

-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda

-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda

-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda

-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital



Sangat mudah untuk seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.



3-Seorang teman lelaki yang bergelar seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan tidak akan mengkhianati kepercayaan anda

Buktinya

-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda

-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda

-seorang graduan seni adalah seorang penggoda

-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat



Teman lelaki bergelar seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang yang bekerja berkaitan kejuruteraan ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

Wednesday, March 23

'banyak' sangat duit dah kot....huhu....

Okeh!ahad lepas 20hb saya telah pergi sedekah kan duit saya,agak banyak....Xdak keja cari keja...now,dah tak baper selesa....mungkin semetara nak biasakan diri....huhu....

rambut elok-elok(gila perasan!) gatai p buat digital perm + colour + treatment + beli mouse&krim = agak-agak la sendiri....
lagi xbuat lagi tu la dok menyanyi tak sudah-sudah kat papa Luq&Tia....at last pasrah ajelah mamat tu....hehe....
berasap pung***...dkt 4 jam....

malas la nak letak gambar-gambar yg hubby candid.....tngk gambaq kedai &alamat ni sudah seperti yg pernah aku cakapkan sblm ni....

Actually camana ek nak cakap kat diaorang yg kita nak wavy-wavy jer....bukan rambut toink-toink....adoilarrr....adakah $$$$ akan disedekahkan lagi....xpala try &error dulu kt rumah sampai dia jadi wavy-wavy.....
bukan xpernah buat,pernah....bertahan setahun ja pastu p straight balik....susah nau nak jaga.....aku xmau rambut keras-keras dek kerana gel dia kot....aku nak rambut lembut-lembut wavy-wavy jer....camana ek???




Address:33-3-22 Level 3 Perangin Mall
Jln DR Lim chwee Leong,10100 Penang.

Sunday, May 30

mak enon...ko memang terror!!

gila weh!!ko memang terror!!!! hip..hip...horray utk ko.....


::pada yg tak tau.....
mak enon ni pandai tul cari blog aku....even aku tukar name blog 2 kali,profile aku...apa lagi ntah....oklah aku salute dia bab-bab blogging ni....hehe....

Kita try lagi ye mak enon....

kali ni kalau ko dapat got cha lagi memang aku salute ko bab2x berblog-blog ni...  :-)
aku??nak tukar background sekali-sekali pon takot nak mampos...hahaha....

Have a nice day mak enon....


::oh!!adakah aku buta IT or aku tukar name profile habis semua hilang comment-comment??or sbb aku tukar email address??

Friday, December 25

Alamak!!

tngok traffic kat sebelah bawah kanan tu ada from Folsom,California...org INTEL kah ini??siapakah gerangannya??kalau k.atie dia cuti ari ni...

nak kena tutup BLOG kah cenggini??invited reader??cam lebih afdhal kan...

Saturday, October 17

Baru sudah jumpa asma & nak upload gambar p bukit merah...

Aku baru sudah jumpa Asma kat KAYU b4 aku masuk keja japni....best dpt jumpa dia...idakla bolat sangat mcm aku nengok muka dia lam facebook salah sorang member FP aku...k.Sham...seperti biasa dia tetap kalut cam dedulu...(hehe...sorry asma...) tp itula yg aku suka tntg dia...nampak very caring....

Semalam Seharian kami kat BUKIT MERAH Waterpark...puasla berendam anak teruna aku tu....dari kul 12.30 t/hari sampai kul 5ptg....4 jam sengah...itupun semua org dah beredar barula nak balik....
Hubby aku nya Line Outing....every quarter diaorang buat....nntla aku cerita lagi bila aku upload gambar k....sungguh malaszzz....

pssst//:Tunggu sikit punya lama boleh sabar....tetiba lagi sebulan tak boleh sabar....hehe....

Thursday, January 22

hehe....patut arrr....selama ni aku salah setting time format...

kukira aku tinggal di London....rupanya kat malaysia....kah...kah...kah...
ada ke aku setting time format London nyer...
patut arr ....ku rasa cam something wrong somewhere je blog aku ni.....hehe...
pasni,idak ler aku dok rasa blog aku ni mengong drp blog owang len....rupa-rupanya bukan blog yg mengong daaaa!!!! muahahahaha....

Friday, January 16

Berpantang ajal sebelum maut....

ka berpantang maut sebelum ajal??? alarrr....belasah je lah usop...janji bunyinya cam sama-sama jugak....hehe...
tajuk kat atas tu ada kena mengena ka dgn apa yg aku nak cerita ni??
ada la kot sikit-sikit yer...
korang ada terbaca tak berita or receive mail ke pasai kejadian ni...kalau xdapat meh aku paste sama keratan berita tu...tp sblm tu biarla aku citer sikit...

Actually petang kejadian tu,masa cam lebih kurang kejadian tu la dlm 5.45 ptg....aku on the road jugak...bawa anak aku ke Metropolitan Park,Relau...tp bukan laluan tu,laluan kiri sekali...jalan sg.Ara....((kalau korang nak tahu,jalan dari bayan lepas nak menuju ke daerah bayan baru/relau/bukit jambul ni ada 3 jalan...Jalan sg.Tiram,jln tengah and jalan sg.Ara))
but ptg tu ,I choose utk melalui Jalan sg.Ara....Actually mmg aku selalu gunakan jalan tengah tu,but entah kenapa ptg tu cam bengong-bengong sikit((berangan la kot)) tetiba je aku leh belok ikut jalan yg kiri sekali...bagus jugak bila bengong-bengong sekali sekala ni kan....kah...kah...kah...((jalan kiri pun sampai...but banyak sanagt trapik light nyer...)) tp xpalah sampai jugak...sesampai je kat Metropolitan Park tu,dengarlah bunyi bomba....polis,ambulance...bingit telinga aku....sampai 5,6 bijik...wiow...wiow...wiow...eh!!tulke aku immitate bunyi tu??((park tu dekat jugakla dgn tempat kejadian tu...)) tp aku buat tak heran je lah...xkan aku nak buat kerja bodo cam masa tngh berchenta dedulu....pantang nampak bomba je,kejar....tngk² anak kucing tersepit dalam paip lar pulak....keh...keh...keh...
kang aku buat kerja bodo tu kang,tak pasai-pasai anak aku sekeh pala aku....sedap-sedap je nak bawak dia ke taman,tetiba belok ikut abang-abang bomba lak...aku dah resign dah lar keja-keja kewartawanan ni....borink seh...cewahhhh!!!
dedulu rajinla dok p ambik post-mortem bagai....kah...kah...kah....
ok...udah ler tu...

tp kalau ikut jalan tengah tu ada 3 kemungkinan yg boleh berlaku kat aku ngan anak aku:
  1. Tak da apa yg berlaku....hehe....((maksudnya terawal la sikit dari masa kejadian tu...))
  2. terlibat dengan kejadian tu....((nauzubillah....))
  3. Tersangkut dgn jammed dan tak tahu apa yg berlaku...

Balik pada park tu lagi lar aku tak melalui jalan tu....ambik jalan jauh terus sbb nak p JUSCO beli barang dapur ngan anak aku....KESIMPULANNYA....sampai kesudahla aku tak tau kejadian tu sampai la petang keesokkannya hubby aku balik keja citer....issshhhlarrr.....sadis tulll....

sekian....laporan dari bilik berita MAK CT....ngeh...ngeh...ngeh...



BAYAN LEPAS: Enam motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat merah di Jalan Tun Dr Awang/Jalan Tengah, Bayan Baru di sini, ‘dilenyek’ sebuah bas kilang yang hilang kawalan petang semalam.

Kejadian mengakibatkan seorang lelaki terbunuh serta-merta di tempat kejadian manakala tujuh yang lain cedera parah termasuk isteri kepada mangsa yang terbunuh.

Dalam kejadian itu, dua orang termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera ringan.

Mangsa yang terbunuh, Ang Gim Chye, 40, pekerja kedai emas di Bayan Lepas dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Tun Sardon, Gelugor, bersama isterinya dengan menunggang motosikal Honda EX5.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila sebuah bas kilang dari arah Jalan Bayan yang dalam perjalanan menghantar kira-kira 30 pekerja warga Indonesia ke kilang di Bayan Lepas dipercayai hilang kawalan dan merempuh deretan motosikal yang berhenti di lampu isyarat merah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Mohd Zain, berkata berdasarkan siasatan awal polis, bas kilang berkenaan dipercayai dipandu laju melalui Jalan Bayan ke arah Bayan Lepas.

Beliau berkata, ketika melalui persimpangan lampu isyarat antara Jalan Bayan dan Jalan Tun Dr Awang, bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba membelok ke kanan.

Katanya, akibat kejadian itu, bas berkenaan memasuki arah bertentangan ke Jalan Tengah menuju sekumpulan enam penunggang motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Dalam keadaan tidak terkawal, bas itu merempuh semua penunggang motosikal yang berada di jalan berkenaan termasuk sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback.

“Akibat rempuhan itu, keenam-enam motosikal rosak teruk termasuk sebuah motosikal milik mangsa terperosok di bawah bas,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Hatta berkata, hasil siasatan yang dilakukan, Ang dikatakan terpelanting ke tengah jalan beberapa meter sebelum menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian akibat cedera parah.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk bedah siasat manakala tujuh mangsa yang parah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dua mangsa di Hospital Pantai Mutiara (HPM), Bayan Baru.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 akibat memandu secara melulu mengakibatkan kematian.

“Sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih 10 tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Hatta berkata, polis juga sedang mengenal pasti identiti pemandu bas dipercayai berusia 30-an yang melarikan diri dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Abdul Rahim Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.37 petang dan tiba ke tempat kejadian empat minit kemudian.

Beliau berkata, sepasukan 10 anggota dengan dua jentera tiba ke tempat kejadian untuk mengubah laluan bas yang menghalang lalu lintas termasuk sebuah motosikal yang terperosok di bawah bas.

Katanya, lokasi kemalangan dibersihkan dalam tempoh 45 minit dan keadaan lalu lintas mula berjalan lancar pada jam 6.30 petang.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8662222.

Pemandu bas rempuh 6 motosikal ditahan
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Polis menahan seorang lelaki berhubung kejadian sebuah bas kilang merempuh enam motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat merah di persimpangan Jalan Tun Dr Awang-Jalan Tengah, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata pemandu bas kilang berusia 30-an itu ditahan di rumahnya di sebuah flet di Relau, Bayan Lepas kira-kira jam 1 pagi tadi.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal yang dilakukan ke atas suspek melalui ujian air kencing mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah atau alkohol.

Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pemandu bas itu untuk mengenal pasti punca kejadian namun enggan mengulas lanjut mengenai hasil siasatan berkenaan.

Wednesday, October 29

Keamanan yg patut disyukuri...

while hubby aku layan anak aku tengok geng India dok buat bising main mercun kat poolside umah aku,aku lak curi guna laptop jap...
sonot nampak ramai kuar kot koridor dok tengok...hari tu geng India tengok kami main mercun ngan bunga api,skang turn kami lak nonton...Inilah perpaduan yg amat aku syukuri sangat-sangat...
"Ya Allah Ya tuhanku moga perpaduan ini berkekalan hingga ke anak cucu cicit cocot aku..."
Bulan puasa ari tu jiran aku ni India siap mercun jatuh kena piring astro dia lagi tp lek ja depa...Ya lah...kalau rosak tolong ganti je lah kan...tapi tak rosak pun...itulah yg aku suka...
bukan cam setengah orang tu dok p kacau open house orang kan....ehem...ehemm...

Ini kue raya jiran aku baru mai hantaq jap ni...haruslah take picture kan...Jiran cino xdak la pulak...padahal kat umah aku pun ada sengah-sengah bekas lagi kue raya...sapa nak??hari tu dah tumpang buat kenduri kat umah asma dah...tp still ada lagi...

Tuesday, October 28

Sunday, October 26

teringin ke ngidam???

Semalam aku masak Laksa...seharian semalam aku asyik makan laksa je...kenalak hubby aku ada dinner co. dia malam tadi...((huh!!dinner yg tak best!! lucky draw ja besar gila tapi makanan hampeh!! org biar makanan best lucky draw biasa pun tak per...coz kebarangkalian nak dapat bukannya tinggi pun...yg dapat sorang jer...))
nasi langsung aku tak sentuh pun...malas nak snap piccas...pepagi lagi aku dah kuar ke market...tinggalkan 2 beranak tu tido berdua-duaan...rasa mulut ni nak je makan laksa...sampai dok menghafal lam mulut ni nak tepon bagitau mak aku aku nak balik makan laksa mak aku next next week...
dah la asyik meloya je 2,3 hari ni....OH!!TIDAK!!!!!

Monday, July 28

datang OT...

Alhamdulillah...we all baru ja selamat pergi dan pulang dari bercuti 3 hari 2 malam....celebrate birthday my Luqman at Genting Highland Kota Keriangan....dan berjalan ke KL...stay semalam umah adik aku at Balakong...selamat sampai ke penang ptg tadi dari Ipoh...terus masuk OT....cover member mc....planning mc...so memang tahu dari kemarin lagi nak kena masuk OT hari ni....so,tak jadi la cuti 12 hari...

*oklah,lenkali aku cerita panjang lagi....

Friday, July 11

MC

Yesterday,first time mc for this year....felt unable to attend work indeed....So terpaksa juga aku mc....before this all key-in by hospitalise(it's better than mc...ahaks~~)... hubby also punch in working at 9 o'clock due to bring us to clinic first...
pukul 4am send message to my boss & my shift leader...in fact,i'm didn't sleep along the night...busy with cough and nasal stuffiness also take care of my son....he also poorly with cough and runny nose...pity him...but now,everything back controlled...hopefully both of us fully recovered to soon....

::counting hour to back to my hometown tonight:>

Tuesday, June 17

apesal...??

apesal gambaq aku kat about me tu selalu ilang...huh!
heran tul...edit sikit profile dah hilang....

Aku dah nak balik...balik awal sikit sbb sat gi 7.30pm dah start aku nya PM talk by Bumiputera yg dah berjaya kat VISTANA....aku bleh lupa la plak....tu yang kena balik awal salin baju,pakai baju lain....dah la dengan posa...kena bawa bekal la camni...apa punya tak ingatla aku ni....sibbaik rodzi peringat tadi....kalau tak,pakai harusla aku tak p....nnt grace minta balik duit tiket aku....hehehe.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...