Friday, January 16

Berpantang ajal sebelum maut....

ka berpantang maut sebelum ajal??? alarrr....belasah je lah usop...janji bunyinya cam sama-sama jugak....hehe...
tajuk kat atas tu ada kena mengena ka dgn apa yg aku nak cerita ni??
ada la kot sikit-sikit yer...
korang ada terbaca tak berita or receive mail ke pasai kejadian ni...kalau xdapat meh aku paste sama keratan berita tu...tp sblm tu biarla aku citer sikit...

Actually petang kejadian tu,masa cam lebih kurang kejadian tu la dlm 5.45 ptg....aku on the road jugak...bawa anak aku ke Metropolitan Park,Relau...tp bukan laluan tu,laluan kiri sekali...jalan sg.Ara....((kalau korang nak tahu,jalan dari bayan lepas nak menuju ke daerah bayan baru/relau/bukit jambul ni ada 3 jalan...Jalan sg.Tiram,jln tengah and jalan sg.Ara))
but ptg tu ,I choose utk melalui Jalan sg.Ara....Actually mmg aku selalu gunakan jalan tengah tu,but entah kenapa ptg tu cam bengong-bengong sikit((berangan la kot)) tetiba je aku leh belok ikut jalan yg kiri sekali...bagus jugak bila bengong-bengong sekali sekala ni kan....kah...kah...kah...((jalan kiri pun sampai...but banyak sanagt trapik light nyer...)) tp xpalah sampai jugak...sesampai je kat Metropolitan Park tu,dengarlah bunyi bomba....polis,ambulance...bingit telinga aku....sampai 5,6 bijik...wiow...wiow...wiow...eh!!tulke aku immitate bunyi tu??((park tu dekat jugakla dgn tempat kejadian tu...)) tp aku buat tak heran je lah...xkan aku nak buat kerja bodo cam masa tngh berchenta dedulu....pantang nampak bomba je,kejar....tngk² anak kucing tersepit dalam paip lar pulak....keh...keh...keh...
kang aku buat kerja bodo tu kang,tak pasai-pasai anak aku sekeh pala aku....sedap-sedap je nak bawak dia ke taman,tetiba belok ikut abang-abang bomba lak...aku dah resign dah lar keja-keja kewartawanan ni....borink seh...cewahhhh!!!
dedulu rajinla dok p ambik post-mortem bagai....kah...kah...kah....
ok...udah ler tu...

tp kalau ikut jalan tengah tu ada 3 kemungkinan yg boleh berlaku kat aku ngan anak aku:
  1. Tak da apa yg berlaku....hehe....((maksudnya terawal la sikit dari masa kejadian tu...))
  2. terlibat dengan kejadian tu....((nauzubillah....))
  3. Tersangkut dgn jammed dan tak tahu apa yg berlaku...

Balik pada park tu lagi lar aku tak melalui jalan tu....ambik jalan jauh terus sbb nak p JUSCO beli barang dapur ngan anak aku....KESIMPULANNYA....sampai kesudahla aku tak tau kejadian tu sampai la petang keesokkannya hubby aku balik keja citer....issshhhlarrr.....sadis tulll....

sekian....laporan dari bilik berita MAK CT....ngeh...ngeh...ngeh...



BAYAN LEPAS: Enam motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat merah di Jalan Tun Dr Awang/Jalan Tengah, Bayan Baru di sini, ‘dilenyek’ sebuah bas kilang yang hilang kawalan petang semalam.

Kejadian mengakibatkan seorang lelaki terbunuh serta-merta di tempat kejadian manakala tujuh yang lain cedera parah termasuk isteri kepada mangsa yang terbunuh.

Dalam kejadian itu, dua orang termasuk seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera ringan.

Mangsa yang terbunuh, Ang Gim Chye, 40, pekerja kedai emas di Bayan Lepas dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Tun Sardon, Gelugor, bersama isterinya dengan menunggang motosikal Honda EX5.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang apabila sebuah bas kilang dari arah Jalan Bayan yang dalam perjalanan menghantar kira-kira 30 pekerja warga Indonesia ke kilang di Bayan Lepas dipercayai hilang kawalan dan merempuh deretan motosikal yang berhenti di lampu isyarat merah.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Mohd Zain, berkata berdasarkan siasatan awal polis, bas kilang berkenaan dipercayai dipandu laju melalui Jalan Bayan ke arah Bayan Lepas.

Beliau berkata, ketika melalui persimpangan lampu isyarat antara Jalan Bayan dan Jalan Tun Dr Awang, bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba membelok ke kanan.

Katanya, akibat kejadian itu, bas berkenaan memasuki arah bertentangan ke Jalan Tengah menuju sekumpulan enam penunggang motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Dalam keadaan tidak terkawal, bas itu merempuh semua penunggang motosikal yang berada di jalan berkenaan termasuk sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback.

“Akibat rempuhan itu, keenam-enam motosikal rosak teruk termasuk sebuah motosikal milik mangsa terperosok di bawah bas,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Hatta berkata, hasil siasatan yang dilakukan, Ang dikatakan terpelanting ke tengah jalan beberapa meter sebelum menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian akibat cedera parah.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk bedah siasat manakala tujuh mangsa yang parah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dua mangsa di Hospital Pantai Mutiara (HPM), Bayan Baru.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 akibat memandu secara melulu mengakibatkan kematian.

“Sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih 10 tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Hatta berkata, polis juga sedang mengenal pasti identiti pemandu bas dipercayai berusia 30-an yang melarikan diri dari tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Abdul Rahim Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.37 petang dan tiba ke tempat kejadian empat minit kemudian.

Beliau berkata, sepasukan 10 anggota dengan dua jentera tiba ke tempat kejadian untuk mengubah laluan bas yang menghalang lalu lintas termasuk sebuah motosikal yang terperosok di bawah bas.

Katanya, lokasi kemalangan dibersihkan dalam tempoh 45 minit dan keadaan lalu lintas mula berjalan lancar pada jam 6.30 petang.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil untuk membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8662222.

Pemandu bas rempuh 6 motosikal ditahan
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Polis menahan seorang lelaki berhubung kejadian sebuah bas kilang merempuh enam motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat merah di persimpangan Jalan Tun Dr Awang-Jalan Tengah, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, berkata pemandu bas kilang berusia 30-an itu ditahan di rumahnya di sebuah flet di Relau, Bayan Lepas kira-kira jam 1 pagi tadi.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal yang dilakukan ke atas suspek melalui ujian air kencing mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah atau alkohol.

Katanya, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pemandu bas itu untuk mengenal pasti punca kejadian namun enggan mengulas lanjut mengenai hasil siasatan berkenaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...