Friday, September 19

Tragedi hari ini 19/9/2008 at 7.30am& From Kitchen MAK CT 6...

Adoila....tragedi Ramadhan 2006 berulang kembali....

Begini ceritanya...
Pagi tadi balik dari keja terus aku gi ambik hubby kat kilang dia((this week same shift so bolehla datang sekali...))...As per his request,dia nak makan nasi daging untuk berbuka hari ni dan nak bawa jamu geng dia kat kilang sama...aku ni memang gigih la semangat gi ambik dia then terus nak pergi Market Bayan Baru la....
dipendekkan cerita,Perodua Rusa la pulak cium bontot keta aku...sikit punya kuat bunyi nya...terus time tu juga teringat peristiwa Ramadhan 2006,dimana Wira aku telah dicium bontot oleh seekor ikan kelisa hingga menyebabkan bontot wira aku rebah kebumi sama sekali...
aku lum kuar tengok keta lagi,tp aku terus merintih,FRUST hancur luluh berderai hati aku ni hanya Tuhan saja yg tahu,dah la nak dekat raya dah...
bila aku keluar tengok keta aku,eh betulka keta aku yg kena langgar dgn kuatnya tadi??ka aku yg bermimpi di siang hari...??memang kalau tengok dari luarannya macam tak kena langgar langsung!!! no kemek no calar...cuma bumper renggang sikit ja...tp atas kepakaran hubby ku berbincang, akhirnya Perodua Rusa itu buat report juga...Tengahharinya hubby ke Mitsubhishi Centre check tengok,mmg luaran tak ada apa-apa,tapi dalamannya sudah patah sama sekali,kalau setakat tercabut, kos untuk baikinya cuma +-RM500 tapi ini sebab dah patah, Kos nya menelan sehingga RM1400...ini belum termasuk tax((claim insuran kan...adalah charge segala bagai lagi)) sibbaik hubby tak biarkan Perodua Rusa itu berlalu begitu sahaja...
Dipendekkan cerita lagi,After raya baru nak p hantar keta kami kat centre...yg penting sekarang surat report dah ada di tangan....

macam tak da pape yg berlaku kan?

meh kita close up sikit

TETAPI...jgn tak tahu,kegigihan aku untuk memasak nasi daging untuk hubby dan kengkawannya tetap diteruskan oleh ku jua...lepas settle semua terus kami ke Market beli apa yg patut...dan inilah hasilnya....

Paling membuat aku kembang kuncup lagi,bila waktu berbuka tadi,sesuap je nasi masuk ke mulutnya terus dia kata....FUH!!CLASSS!!! *toink*toink*toink*


hari ni aku nak tulis resepi kuah asam tu...

Air Asam ala MAK CT

1)bahan A ditumbuk(5tangkai cili padi,sedikit belacan&garam)

2)5 biji tomato dihiris

3)2 labu bawang besar dihiris

4)3 tangkai cili besar merah dan hijau

5)semangkuk air asam jawa

6)sos(agak-agak sehingga kuah asam menjadi agak pekat..)

7)gula&garam secukup rasa(lebihkan gula sedikit biar ada rasa masam dan manis)

Campurkan semua sekali dan gaul rata....

::tapi aku a bit terkilan larr sbb tak dapat nak p hantar kat member FP aku asma...sebagai membalas balik juadah berbuka puasa...xpala hopefully before raya aku dapat membalas juadah berbuka untuk dia pula...

1 comment:

umieadam said...

nampak pun sedap
kalo dpt rasa tentu lgi sedap nih

mujur kereta tu tak bape teruk..
yg penting awak selamat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...